Monday 25 November 2013

Cara Mendapatkan Payudara Yang Cantik



Payudara yang cantik idaman setiap wanita. Dan cantik itu adalah subjektif. Ada yang ingin memiliki payudara yang besar, sederhana ataupun kecil asalkan tegang dan 'tajam'. 

Untuk memiliki payudara sedemikian, bukan satu cara sahaja yang anda perlu amalkan. Malahan, beberapa panduan perlu diamalkan serentak untuk mendapat hasil yang optimum. Antaranya ialah :

1) Mengamalkan pemakanan yang mengandungi 'phytoestrogen' kerana ia merupakan hormon estrogen tiruan yang membantu membesar dan menegangkan payudara. Contohnya ialah soya, jamu seperti kacip fatimah/manjakani, pil perancang kehamilan. Pastikan anda bukan pengidap atau mengalami tanda-tanda awal barah payudara untuk mengamalkan pemakanan ini. Ia tidak menyebabkan barah payudara tetapi sekiranya anda telah pun mempunyai barah payudara, ia akan merangsang cancer untuk membiak dengan lebih besar.

2) Sentiasa meluangkan 10 minit sehari untuk melakukan senaman pada bahagian dada. Contoh senaman yang boleh diamalkan boleh dilihat di sini : 

http://kevinzahri.com/blog/health-fitness/5-senaman-besarkan-payudara/

3) Pelihara payudara ketika anda tidur dengan memakai 'sleeping bra'. Anda boleh dapatkan produk tersebut di sini : Jannie Chin 

https://www.facebook.com/niechin1

4) Dapatkan sabun khas untuk menegangkan dan membesarkan payudara untuk digunakan ketika mandi. Ketika anda mandi, ia waktu terbaik untuk mengurut bahagian payudara anda kerana pada waktu itu, darah berjalan dengan lebih lancar.

Amalkan keempat-empat langkah di atas setiap hari, anda akan merasakan perubahan seawal satu minggu! 

Wednesday 11 September 2013

Bahaya Penggunaan Bedak Asas (Foundation)



Memang benar penggunaan bedak asas bertujuan untuk menyembunyikan cela-cela di wajah yang dapat mengurangkan keyakinan seseorang wanita, tetapi penggunaan tersebut perlu dihadkan ketika menghadiri majlis-majlis tertentu.

Tapi berbeza di Malaysia. Kebanyakkan wanita di Malaysia menggunakannya hampir setiap hari untuk melindungi cela. Malangnya, ia bukan membuatkan masalah di wajah menjadi semakin baik, malahan semakin teruk. Ini adalah kerana, bedak asas mempunyai struktur yang sangat tebal hingga menyebabkan liang-liang pori di wajah tertutup.

Sekiranya liang-liang pori ditutup dengan bahan kimia, ia boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan lebih mengeruhkan keadaan wajah yang sudah sedia berjerawat! Ia suatu tips yang salah dalam penjagaan muka. 

Oleh itu, sekiranya anda ingin memiliki kulit secantik artis, artis hanya memakai mekap tebal ketika photo shoot atau ke majlis tertentu. Sebaliknya, sekiranya mereka keluar bersantai, kebanyakkan dari mereka lebih selesa keluar dengan 'naked face'.

Apabila kita berbuat demikian, kita memberi lebih banyak ruang dan masa untuk kulit wajah memperbaiki strukturnya. Jangan lupa untuk mengenakan serum dan 'sunblock' bagi merawat dan melindungi kulit ketika anda keluar tanpa sebarang mekap. Cukup la hanya mengenakan sedikit 'eyeliner' dan gincu untuk mengelakkan wajah terlalu pucat.






Hak cipta terpelihara Eternal Beauty 2013. Powered by Blogger.
 
Template Design Downloaded From Free Blogger Templates | Free Website Templates | News and Observers