Memang benar penggunaan bedak asas bertujuan untuk menyembunyikan cela-cela di wajah yang dapat mengurangkan keyakinan seseorang wanita, tetapi penggunaan tersebut perlu dihadkan ketika menghadiri majlis-majlis tertentu.
Tapi berbeza di Malaysia. Kebanyakkan wanita di Malaysia menggunakannya hampir setiap hari untuk melindungi cela. Malangnya, ia bukan membuatkan masalah di wajah menjadi semakin baik, malahan semakin teruk. Ini adalah kerana, bedak asas mempunyai struktur yang sangat tebal hingga menyebabkan liang-liang pori di wajah tertutup.
Sekiranya liang-liang pori ditutup dengan bahan kimia, ia boleh menyebabkan liang pori tersumbat dan lebih mengeruhkan keadaan wajah yang sudah sedia berjerawat! Ia suatu tips yang salah dalam penjagaan muka.
Oleh itu, sekiranya anda ingin memiliki kulit secantik artis, artis hanya memakai mekap tebal ketika photo shoot atau ke majlis tertentu. Sebaliknya, sekiranya mereka keluar bersantai, kebanyakkan dari mereka lebih selesa keluar dengan 'naked face'.
Apabila kita berbuat demikian, kita memberi lebih banyak ruang dan masa untuk kulit wajah memperbaiki strukturnya. Jangan lupa untuk mengenakan serum dan 'sunblock' bagi merawat dan melindungi kulit ketika anda keluar tanpa sebarang mekap. Cukup la hanya mengenakan sedikit 'eyeliner' dan gincu untuk mengelakkan wajah terlalu pucat.